hahaha. gila lama aku tak bukak blog. malas hahahaha.
yep. dulu pun saya risau gak nak masuk matrik bila dapat pst, tapi bila dah masuk best.. serius.. hahaha.. sekarang ni saya dah nak habis sem 2 degree engineering :) .. okay, all the best and good luck kat matrik! :D
wasalam.. alhamdulillah.. saya rasa tu pilihan yang sangat bijak.. sebab pengalaman kat matrik sangat best. mereka yang pilih diploma akan merasa pengalaman kat u tapi tak dapat rasa pengalaman kat matrik, kita ni student matrik akan ke u juga satu hari nanti. sekaligus dapat pengalaman di matrik dan universiti.. nasihat saya, belajar kat matrik ni jangan terlampau santai sebab jadual yang padat dan pembelajaran yang agak sukar lebih-lebih lagi matrik program pst.. all the best and good luck! :D
best tu.. matrik paling baru setakat ni. :) tahniah
matrik teknikal akan mengambil subjek matematik, fizik kejuruteraan, kimia kejuruteraan, dan subjek kejuruteraan yang dipilih (elektrik&elektronik/mekanikal/awam).. dan subjek teras lain yang wajib lulus seperti bahasa inggeris, pendidikan islam, kemahiran dinamika, dll..
matrik telah ditetapkan oleh pihak kpm.. selalunya kita akan dapat kolej matrik yang lebih berhampiran dengan negeri kita. tidak lah terlampau jauh,..
lepasan matrik teknikal lebih mudah untuk mohon jurusan engineering.. kalau nak ke jurusan yang berkaitan dengan perubatan, mungkin jurusan biochemical engineering. tapi pastikan pointer atas dari 3.5 sebab jurusan yang berkaitan dengan perubatan ni selalunya sangat sengit.. tapi kalau awak dari matrik teknikal, peluang untuk mohon jurusan kejuruteraan sangat tinggi berbanding matrik lain..
haha.. go through je.. aku pun lepasan matrik sesi 2010/2012.. dah nak habis sem 2 degree pun ni.. alhamdulillah lah walau belum dapat merasa dekan lagi sebab course engineering susah nak arwah. hahaha. asal boleh habis kan seksaan degree ni memang lega. lol. ok, welcome... :D
waalaikumsalam.. alhamdulillah kamu seorang yang sangat beruntung tahu dapat semua tawaran. hmm.. ikot kata hati lah nak sambung mana.. mana yang kamu minat.. jika kamu ingin ke dunia pekerjaan yang lebih cepat, boleh amek diploma.. jika nak amek degree cepat, amek matrik atau f6.. tentang jurusan yang kamu dapat tu, boleh refer ke internet apa peluang pekerjaan yang sesuai bila dah grad dip nanti..