Cikgi NurAzLiNa

Cikgi NurAzLiNa

60p

99 comments posted · 92 followers · following 0

9 years ago @ - Tok Guru Nik Aziz Dah ... · 0 replies · +5 points

Assalamualaikum

Innalillahi wa innailaihi rajiuun, takziah kepada keluarga Tuan Guru. sangat sedih menerima berita ini. terima kasih abang Kandis kerana beri info solat jenazah pada jam 10 pagi itu. Insya Allah saya akan sampai bersama suami.

10 years ago @ - Retirement Plans · 2 replies · +3 points

orang yang jadi idola atok striker ini lah penggerak terbesar punca kerosakkan negara kita hari ini.

10 years ago @ - Cinta Lanang Gabrul Th... · 0 replies · +15 points

Assalamualaikum kepada semua rakan, terima kasih dan selamat bermusaffir kepada abang Kandis.

Dalam hidup kita sering khayal dan alpa dengan permainan zaman moden ini. duduk di negara ini dengan masyarakat sekeliling begini, membuatkan kita sentiasa pandang ke 'depan' tidak lagi menoleh ke kiri kanan dan belakang. rupanya kita tak sedar yang menunggu di 'depan' adalah suatu perangkap yang sangat besar dan sangat kuat.

Orang moden hari ini sering anggap nenek moyang kita dahulu jumud dan ketinggalan. ramai orang muda yang suka mentertawakan orang dahulu yang menyimpan duit bawah bantal contohnya. seperti yang dikatakan abang Kandis di atas, kita zaman ini cuma perasan pandai dan suka mentertawakan amalan orang dahulu, tetapi kita hari ini lebih teruk lagi dari orang dahulu yang jumud itu.

kehidupan orang tua dahulu walaupun mereka tidak bersekolah dan sering di anggap jumud. tetapi jika di lihat secara amnya, kehidupan mereka lebih tenang dan harmoni. kita yang hidup di zaman ini pula tidak pernah tenang dari awal hingga ke akhir.

kadar hutang tinggi, kadar perceraian tinggi, kadar jenayah tinggi, suami dan isteri terpaksa bekerja dari pagi hingga malam tapi masih cuma cukup-cukup makan, apabila beranak terpaksa serahkan pada orang lain untuk bela anak.

jelas kehidupan kita di zaman ini sebenarnya kosong dan tidak langsung bermakna. hanya hidup sebagai kitaran alam yang memakan dan membazirkan sumber bumi tuhan ini. haiwan ternakkan di cipta kuat makan supaya banyak daging mereka untuk di jadikan makanan kepada manusia. kita pula untuk apa?

terima kasih kepada abang Kandis terutamanya, tidak lupa juga kepada semua sahabat di sini, langsung tak terjangka saya bahawa ada lagi manusia yang boleh terbangun dari mimpi kepalsuan zaman ini. lebih di luar jangkaan lagi anda manusia yang humble tetapi keyakinan dan kehidupan anda mantap.

banyak yang telah saya pelajari dari anda semua tentang pelbagai hal. saya memohon doa mengharap Allah swt memberi kebaikkan dan merahmati abang Kandis dan sahabat di sini sekalian di dunia dan di akhirat. terima kasih.

11 years ago @ - Relaks ujung minggu · 1 reply · +3 points

minat lagu veteran, abang Azmie ni pun sudah veteran ye? kikikiki

11 years ago @ - BN Jual Aset Negara Ke... · 1 reply · +3 points

sudah sebegitu runcing keadaannya hutang di negara kita sekarang ini. di jangka sedikit masa lagi, ekonomi negara bakal runtuh. harap kita semua sempat menyediakan payung sebelum hujan.

11 years ago @ - Jom Tengok Sarkis Bro !! · 1 reply · +5 points

Assalam
saya memohon maaf kepada semua terutama kepada abang Kandis. persoalan dan pandangan saya tempoh hari menjadi punca sedikit ketegangan di sini. terima kasih kepada semua atas pandangan anda. Insyaallah pada masa hadapan saya akan lebih berhati-hati apabila hendak bertanyakan tentang sesuatu perkara. harap maaf.

11 years ago @ - Jom Tengok Sarkis Bro !! · 17 replies · +7 points

Assalam,

Terima kasih kepada semua sahabat di sini yang sudi mengeluarkan pendapat anda, sudah terbahagi 3 pula pendapat rakan semua di sini.

beberapa orang sedia dan tak sabar menunggu panggilan jihad, beberapa orang mengatakan tak boleh langsung jihad dan beberapa orang lagi mengatakan belum sampai masanya lagi.

terima kasih kepada semua yang sudi memberi pendapat. pelbagai pengetahuan yang saya dapati dari perbincangan ini.

tapi tak baik tau, abang Atan dan abang Kesuke mensyakki saya dari kumpulan anti-illuminati atau kumpulan isma. tak pernah dan tak berminat dengan mereka itu kerana lebih banyak bercakap menyalahkan orang dari bertindak untuk membetulkan keadaan.

11 years ago @ - Jom Tengok Sarkis Bro !! · 1 reply · +5 points

terima kasih kerana memberi pandangan, abang Temekak dan abang Haq.

telah menjadi sunnah Rasulullah s.a.w mengangkat senjata didalam perang. jadi jawapan saya untuk pertanyaan abang Azmie itu adalah, ya.

11 years ago @ - Jom Tengok Sarkis Bro !! · 21 replies · +9 points

Assalam abang Md Tanjong & sekalian disini.

ada sesuatu yang agak berat ingin saya bertanya juga memberi pendapat. terlebih dahulu saya petik semula perlembagaan lord reid yang masih berkuatkuasa hingga ke hari ini.

"bahawasanya selepas ini tiada sebarang undang-undang, akta mahupun perlembagaan baru yang boleh mengatasi segala undang-undang yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara baru malaysia yang merdeka lagi berdaulat"

pendapat saya. jelas sesiapa umat islam yang tunduk kepada perlembagaan tersebut mereka itu sentiasa berbohong tatkala melaungkan takbir Allahu Akbar. kerana perlembagaan tersebut telah di angkat mengatasi perlembagaan Allah swt.

persoalan saya.

mengapakah PAS tidak cukup berani untuk memanggil umat islam memerangi kumpulan yang mempertahankan perlembagaan lord reid itu? jika di lihat dari sudut ahli PAS, mereka sudah ada ramai ulama juga ilmuan agama, ahli dari kalangan orang biasa juga sudah cukup besar jumlahnya.

selepas 13 kali berturut PAS di tipu dalam pilihanraya, apakah masih juga mahu memilih demokrasi untuk menukar kerajaan? sudah lama umat islam mengikuti ulama di dalam PAS, namun masih lagi kita terikat dengan undang-undang yang tidak selari dengan islam.

bukankan sudah tiba masanya para ulama PAS ini berani berfatwa seperti Shiekh Yussuf Al-Qaradawi yang memanggil umat islam keluar berjihad? kerana tidak mungkin negara ini mampu diubah jika kita berterusan mengikuti sistem demokrasi ajaran yahudi/lord reid/umno/ bn itu. kerana mereka itu semuanya jelas adalah musuh islam yang tak mahu melihat perlembagaan Allah di daulatkan di negara ini.

saya berharap supaya golongan yang di panggil ulama di dalam PAS kita tidak hanyut di dalam keselesaan kuasa politik yang sudah di miliki sekarang. iaitu kuasa politik yang memenjarakan mereka dari benar-benar ikhlas terhadap agama Allah swt.

maafkan saya kerana bertanya dan memberi pendapat begini. saya percaya di blog ini perbincangan sihat menjadi amalan kita. bukan lah saya ini mahu mencetus provokasi, tetapi hanya mahu meminta pandangan sahabat-sahabat disini tentang perkara ini.

lagi pun saya perasan yang pemilik blog ini sedari awal lagi sudah mengutarakan perkara begini di banyak penulisan-penulisan beliau secara halus atau secara berkias sejak di blog lama lagi. kerana itu lah saya berani bertanya tentang perkara ini.

sekali lagi saya memohon maaf sekiranya pendapat dan pertanyaan saya ini mengundang rasa tidak selesa, tetapi saya amat kecewa dengan keadaan sekitar contohnya tentang cukai, riba, lord reid dan pelbagai lagi yang baru ini ada di nyatakan di blog ini. apakah cukup sekadar kita memprotes tapi kita tetap akur pada undang-undang kafir ini?

harap terbuka dan berlapang dada dengan pendapat dan soalan saya ini. kerana saya juga adalah penyokong PAS dan masih sayangkan PAS. cuma lebih utama saya ini seorang muslim dan inginkan hidup ini tidak sia-sia.

11 years ago @ - Melayu Adik Beradik Ya... · 3 replies · +4 points

oh ya saudari, sedikit lagi tambahan. jika tentang komen-komen dan gurauan dari en. striker itu, usahlah di perbesarkan sangat, beliau memang sudah biasa dan terkenal begitu, suka bergurau dan menyakat orang-orang di sini. kadang kala ada juga point beliau, kadang kala menyakitkan hati pun ada, dan adakalanya lucu. suka saya anggapkan beliau adalah penyeri bagi semua rakan di sini.