PelangiMalam

PelangiMalam

86p

97 comments posted · 0 followers · following 0

9 years ago @ http://milosuam.blogsp... - Tulisan Yusuf Al-Qarad... · 0 replies · +1 points

Kenapa DSAI perlu dijatuhkan oleh BN?

Rasanya tidak perlu saya detailkan watak Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dari awal. Tetapi apa yang saya ingin berkongsi sedikit pandangan terutamanya kepada mereka yang merasakan mereka dikhianati dan seumpamanya. Mungkin juga ada di kalangan kita, apabila terdengar atau ternampak saja perkataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah cukup membuatkan perasaan kita membara. Tidak tahulah kerana merasakan DSAI ini betul-betul pengkhianat ataupun DSAI adalah ancaman utama di dalam karier politik bagi menjana keuntungan semaksima mungkin. Tetapi hakikatnya, inilah yang diketahui umum, apabila saja sesorang memegang tampuk kuasa di dalam BN, secara langsungnya mempunyai kekayaan melimpah ruah. Cuba kita congak di sekeliling kita, siapa yang tidak meraiah kekayaan negara apabila diberi kuasa hatta JKKK pun sekali?

Pada tahun 1997, Anwar Ibrahim dilantik memangku jawatan Perdana Menteri sementara PM masa itu Dr Mahathir Mohamad bercuti ke Jepun kira-kira 3 bulan. Pada masa ini juga, DSAI membentangkan pindaan undang-undang rasuah sehingga menjadi akta yang “menakutkan”. Itulah kesalahan utama DSAI dan menjadi punca kepada apa yang berlarutan sehingga kini.

Apakah pindaan akta rasuah yang “menakutkan” itu? Pindaan akta ini akan membolehkan BPR (kini SPRM) menghendaki individu itu mengisytiharkan hartanya itu apabila mendapat maklumat bahawa seseorang pegawai badan awam itu memiliki harta lebih daripada pendapatannya samada semasa atau selepas memegang jawatan berbanding sebelumnya BPR tidak boleh berbuat demikian jika tiada aduan walaupun jelas.

Pengaruh DSAI pada masa itu cukup kuat, malah seandainya DSAI bertanding bagi jawatan Presiden Umno pada masa itu, ramai peramal politik meramalkan Anwar mampu mengalahkan Dr Mahathir. Dr Mahathir juga sedar, malah Dr Mahathir ada juga membuat kira-kira dalam mempertahankan kuasa politik beliau. Andaikata Anwar berjaya sekali pun, mungkin Dr Mahathir berundur secara terhormat. Tetapi, apabila sahaja akta rasuah dipinda pada tahun 1997, mungkin perkiraan Dr Mahathir sudah berubah. Tampuk asas kekuasaan Mahathir juga berasaskan kepada kebanyakan mereka yang dikenali korup. Di kelilingi pengampu-pengampu yang mempunyai fail “masalah peribadi” yang bertimbun dalam gengaman Dr Mahathir sendiri. Mungkin cara itulah bagaimana Dr Mahathir menternak lembu yang telah dicucuk hidungnya bagi mengekalkan kuasa beliau.

Setelah sekian kalinya DSAI dilokapkan, dimalukan dan sebagainya, dan Dr Mahatahir merasakan DSAI bukan lagi ancaman dan ada perkara-perkara yang ‘menguris’ hatinya di dalam Umno sendiri (membawa kepada manarik diri dari Umno), Dr Mahathir dengan terang dan jelas mengakui DSAI tidak terlibat dari pertuduhan yang panjang lebar dan berliku-liku yang menampakan pelbagai kepincangan itu. Harus kita ingat, prinsip keadilan dalam menjatuhkan hukuman bersalah pada seseorang adalah dengan sesuatu bukti yang benar-benar kukuh. Malah bukti yang tidak lengkap juga tidak diterima pakai. Buktikan kebenaran buku 50 dalil sebelum menjatuhkan hukuman malah sampai penulisnya meninggal dunia ia tetap tidak dilakukan. Antara lain norma keadilan, seseorang tidak dikira bersalah selagi mereka tidak dibuktikan (sahih & tiada keraguan yang munasabah-prima facie) bersalah. Di sini saya rasakan anda sendiri boleh menilai di mana terletaknya nilai norma-norma keadilan tersebut.

Kementerian Kewangan adalah menteri yang paling kanan dalam jawatan menteri di Malaysia dan di mana-mana negara sekalipun. Di sini adalah terletak segala lubuk khazanah negara dan orang yang paling hampir dalam melakukan aktiviti rasuah yang mega-mega. Tetapi sekali lagi, tiada sebarang pertuduhan dikemukan kepada DSAI berkenaan rasuah berbentuk projek dan seumpamanya, dan bagi manyabitkan juga DSAI sebagai seorang ‘perasuah’ dengan menyalah guna kuasa. Kuasa apa yang ada pada DSAI selaku Menteri Kewangan ke atas pegawai polis? Rasa saya, menjadi amalan biasa kepada mana-mana ketua negara atau negeri memangil ketua polis, apatah lagi pegawai polis bagi menyiasat berkenaan masalah fitnah (buku 50 dalil) melibatkan seorang yang berjawatan menteri atau Timb. Perdana Menteri yang membawa imej negara.

Pelbagai perkataan dilabelkan kepada DSAI, “agen yahudi”, “pengkhinat negara”, “anda tak siapa kenal dia” dan macam-macam lagi tetapi apa yang lebih menarik perhatian saya, label-label yang saya andaikan boleh ditampal-tampal dengan tidak ada satupun kenyataan tersebut disertakan dengan satu bukti yang meyakinkan berbanding tindakan DSAI sendiri membongkarkan penglibatan negara dengan APCO yang antara tujuan utamanya adalah untuk memulihkan imej pemimpin yang diwar-warkan “bersih”. Kalau benar-benar bersih, kenapa hendak dibersihkan dengan jutaan ringgit duit rakyat?

Dalam menilai sesuatu pertuduhan, kita sebagai rakyat yang sudah mula celik dengan maklumat-maklumat terkini, jadilah kita sebagai “hakim” yang adil.

9 years ago @ http://milosuam.blogsp... - Coklat Cadbury dibuat ... · 0 replies · +2 points

inilah yg sering dimanipulasi oleh pniaga non muslim...
wpun pd asasnya mrk mngikut syrat yg dtetapkan bg mndapatkn sijil halal... psoalannya,

1. apskah syarat tu akn trus dipatuhi dlm perniagaan sbnr...
2. non muslim bkn kire soal halal haram, yg pnting dpt mmaksimakan kentungan atau min kos
3. apkah jaminan jakim dpt pastikan non muslim berusniaga 24jam halal atau dr premis yg sama (yg dilulus Jakim)
4. kesan smpingan
bg mndapatkan sijil halal perlu dgn syrat yg ketat oleh jakim yg mane juga mlibatkan kos yg tinggi, ramai pngusaha2 muslim tidak dpt mmenuhi kreteria ini. Tidak pelik 80% non muslim yg dpt sijil halal, dpt mnembusi psaran muslim tanpa ragu, (dlm masa yg sama mmberi saingan/ mngecilkan psran peniaga muslim sndiri) wpun kite sndiri tidak yakin sjauh mane urusan mrk selama2 nya telus dgn sijil yg dberi..

Tidak mustahil, pniaga muslim pun boleh buat sbgaimana non muslim, ttp apabila sbg seorg muslim tentu ada batasannya apatah lg jika peniaga itu benar2 beriman.
andaikata pniaga muslim mnjalankn perniagaan yg dketahui mrk haram, kita ada tempat utk mnuntut di akhirat kelak...

Bgaimanakh kite tidak blh mnyalahkan jakim dlm soal sbgini sdgkan apakan daya kite (sbg individu) utk memastikan sst itu halal dr peniaga non muslim, melainkn ia mmberi kkeliruan yg nyata utk kite (pengguna muslim) memilih brgan dr kluaran org islam sndiri..

asasnya, tentunya kite lebih yakin mkn dikedai org islam sndiri (wpun tiada tnda halal), bbanding kdai non muslim wpun dipaparkan tnda trsbut..

kgusaran sbnr adalah status pemberian HAK halal trsbut.. Dek krana status, jgn daging babi ye kata daging lembu plak.. Bangkai dikatakan daging sembelih.. Kot Jakim sentiasa ikut bontot dia org berurusan 25jam sehari x tau laaa..
Sejauh mana kite bleh prcaya non muslim nih trutama dlm penyediaan mkanan...

st mekanisma prbandingan lain perlu dbuat (BUKAN sijil halal), spt produk keluaran muslim atau seumpamanya...
Apakh kwajaran hak ekslusif org2 islam (halal atau haram) diberi hak juga kpd non muslim?

isu coklat cadbury ni pon bleh djadikan st perbandingan yg mempunyai 2 keputusan. Kputusan yg tiada DNA babi aku andaikan dr kilang yg diluluskan Jakim, begitu sebaliknya krn mcampurkan DNA babi nih mmbuatkan coklat tersebut tahan lama (bermotifkan keuntungan). Apakah mustahil cadbury menghasilkan produknya dr premis yg lain yg mungkin juga perniagaan sebenar mereka? Di atas manipulasi ini, berapa ramaikah pengguna islam ditipu hidup2..

10 years ago @ http://darisungaiderha... - Ini PENJELASAN Kedai M... · 1 reply · +4 points

Tempahan utk 200 org
Makanan disediakan utk 600 org (+400 utk pelanggan harian)
Tapi, makanan utk 600 org habis dibelasah oleh kumpulan yg katakan 200 org nih. - Rasa aku, lbih 200 yg mari atau puok2 nih jenih pelahap tahap gaban psl ada siap bungkus - free katakan

Kesimpulan
RM6000/600 = RM10 / head
Kalu dah makanan termasuk utk VVIP, kot makan pagi lauk sambal je.. Rasanya RM6,000 dah agak fleksible. Kalu dah bg diskaun RM500 bermakana RM5,500/600 = RM9.16/head

Lepas tuh, di hari lain
KPDNKK plak gi rampas lauk pauk bernilai RM6000, + kompaun RM175,000 - lagi haru

Sepatutnya tuan kedai asingkan antara tempahan dengan jualan harian.

10 years ago @ http://darisungaiderha... - Papagomo akan berhadap... · 0 replies · +8 points

dok gomo mana laa papa kali nih..

10 years ago @ http://milosuam.blogsp... - JELAJAH #bantahTPPA BA... · 0 replies · +1 points

Kerjasama ngan AS rasanya x pernah untungkan lain2 negara...

10 years ago @ http://milosuam.blogsp... - Kelajuan Bukan Faktor ... · 1 reply · +3 points

Kalu jenis dok reti nok bezakan k'jaan ngan parti, dok guna xplain.. habiskan boreh jerk..

10 years ago @ http://milosuam.blogsp... - Kelajuan Bukan Faktor ... · 4 replies · +5 points

Dukacitanya kita sebagai rakyat malaysia jalanraya adalah tempat kita bermandikan darah. Kalau dulu tentera mati di medan perang, tetapi sekarang ramai yg mati di tengah jalan. Itulah senario jalanraya di Malaysia terutama di musim perayaan ini. Berapakah banyakkah negara menanggung kerugian ekoran kehilangan satu nyawa? Pelbagai altenatif telah dibuat, tp kemalangan tetap menggila saban musim.

Melihat kepada perbezaan lokasi, jumlah kemalangan begitu ketara sekali berlaku di lebuhraya perseketuan berbanding lebuh-lebuh raya berbayar seperti PLUS dan sebagainya. Apakah lebuhraya berbayar ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tertentu dibandingankan dengan lebuhraya perseketuan yang angka kemalangan mautnya adalah jauh lebih tinggi?

Aku juga adalah sebagai salah seorang pengguna lebuh raya persekutuan yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun melalui lebuhraya perseketuan Segamat-Gambang dan Jerangau Jabor yang dikenali antara yang mencatat kemalangan maut yang tertinggi terutamanya di musim-musim perayaan. Seringkali sikap pemandu dipersalahkan. Pelbagai pembelajaran, peringatan dan nasihat serta berjuta-juta ringgit kerajaan mengeluarkan kos bagi mendidik pemandu. Apakah sikap pemandu perlu dipersalahkan di dalam permasalahan ini? Tidak ku nafikan sikap pemandu adalah antara faktor utama kenapa kemalangan maut ini terjadi, tetapi apakah kita selama ini sedar, apakah punca seseorang pemandu boleh bersikap sedemikian? Apakah pemandu berada dalam keadaan tertekan, yang membuat mereka hilang kesabaran serta juga hilang pertimbangan semasa memandu? Apakah pula yang membuatkan mereka tertekan dan hilang kesabaran? Ku rasa mereka juga sedar akan keselamatan mereka ditambah apabila disertai dengan keluarga. Tentunya mereka tahu nilai nyawa mereka dan keluarga mereka tetapi kenapa mereka harus memperjudikan nyawa mereka ditengah-tengah jalan raya dengan begitu mudah?

Kepadatan kenderaan di jalanraya membuatkan deretan kenderaan yang panjang sering terjadi di lebuhrayara persekutuan. Betulkah? Jika betul kenapa? Jika aku sebagai menteri, mungkin aku tidak merasakan fenomena ini, kerana perjalan ku pantas melalui udara. Perjalanan ku pantas dengan diiringi polis dan pelbagai lagi kemudahan yang membuatkan aku selesa dan lekas sampai. Tetapi aku hanya rakyat biasa, bergelut dengan hiruk piruk kenderaan yang bertali arus yang sama-sama berjuang untuk sampai ke destinasi.

Jalanraya yang sempit dan tidak mempunyai ruang memotong yang mencukupi dan selesa membuatkan sesetengah pemandu adalakalanya hilang pertimbangan yang boleh merubah sikap mereka. Permasalahan ini jarang atau tidak berlaku dilebuhraya berbayar dengan mempunyai lebih dari satu lorong. Kebiasaan deretan kereta yang panjang berlaku apabila ada kenderaan di hadapan yang bergerak perlahan terutamanya kenderaan berat seperi lori. Pemandu kenderaan ringan seperti kereta terpaksa beratur panjang dan terpaksa menunggu waktu yang agak lama bagi melepasi halangan tersebut. Jika halangan di hadapan terdapat lebih dari satu lori yang berturutan, tentunya akan lagi menyukarkan pemandu-pemandu kenderaan ringan melepasi halangan tersebut. Aku sebagai pemandu di saat ini, merasakan melepasi satu bebanan yang agak berat selepas dapat memotong dengan selesa setelah sekian lama bergelut dengan deretan kereta yang panjang.

Persoalan kenapa kemalangan maut lebih sering terjadi di jalan yang lurus jika dibandingkan dengan jalan yang berliku? Jawapan yang agak mudah di sini adalah, kerana semasa di jalan lurus inilah pemandu baru mendapat peluang untuk memotong walapun adakalanya peluangnya agak tipis. Itu tidak termasuk dengan pengalaman serta kepakaran seseorang pemandu semasa membuat pemotongan yang adakalanya membahayakan pemandu-pemadu lain. Samada dari jarak, masa, kelajuan (speed), kemampuan kenderaan, gear yang bersesuaian semasa membuat pemotongan.

Sesuatu perjalanan yang jauh tentunya akan memberi tekanan kepada pemandu-pemandu di samping lain-lain faktor bagi sampai ke sesuatu destinasi. Halangan-halangan seperti kenderaan berat di atas, akan menambahkan lagi tekanan kepada pemandu-pemandu yang boleh mengakibatkan mereka hilang pertimbangan yang membawa kecuaian seterusnya kepada kemalangan. Dalam melepasi halangan tersebut, kepakaran seseorang pemandu adalah sangat penting bagi memastikan melepasi halangan tersebut dengan selamat. Walaubagaimanapun, penantian yang terlalu lama akan menambah lagi tekanan kepada pemandu-pamandu yang boleh membuatkan mereka hilang pertimbangan dalam melepasi halangan tersebut walaupun dalam keadaan mereka yang mempunyai peluang yang amat sedikit untuk berbuat demikian. Ini akan menjuruskan kepada kemalangan yang tidak jangka.

Oleh itu, dalam membendung sikap pemandu yang juga sebagai manusia biasa dalam menghadapi risiko sebegini, struktur jalanraya yang selesa perlu dipertingkatkan oleh kerajaan. Di samping stuktur-struktur asas seperti keadaan jalan yang baik, tetapi apa yang lebih penting, perlu ditingkatkan atau penambahan ruang-ruang memotong bagi memudahkan pemandu-pemandu melepasi halangan. Sifat tidak sabar dan tekanan mungkin dapat dikurangkan, kerana pemandu tahu mereka mempunyai banyak peluang yang lebih selesa di dalam melepasi sesuatu halangan. Jika jarak lebuhraya seperti lebuhraya jerangau jabor dalam lingkungan 200km, apakah dikatakan membazir jika dibina bagi setiap 15km atau 20km atau lokasi-lokasi yang difikirkan sesuai setiap lorong memotong? Jika setiap lorong memotong sejauh 1km dengan kos RM10juta (anggaranku, tidak termasuk kos melepas), apakah RM200 juta menjadi pembaziran jika dibandingkan dengan lain-lain kempen yang menelan belanja yang begitu besar tetapi kemalangan maut semakin hari semakin meningkat?

10 years ago @ http://milosuam.blogsp... - Haram mengapikan isu p... · 1 reply · +4 points

KENAPA JUMLAH PENGUNDIAN BOLEH BERUBAH?

Apa perlunya peti undi diusung & dihantar ke pusat pengiraan undi?

Objektifnya mudah, BN dgn kerjasama sekutu rapatnya SPR mempunyai ruang masa dgn boleh mengenalpasti keptusan tersebut samada perlu penambahan atau tidak undi pos, undi hantu dsb. Proses ini boleh dibuat semasa PENGHANTARAN peti undi ke pusat pengiraan undi dgn kawalan sepenuhnya oleh SPR - (Parti komponen BN). Sekiranya, pengiraan di pusat pembuangan undi telah menunjukkan kekalahan kpd BN, proses "top-up" boleh berlaku semasa proses penghantaran tersebut. Sekiranya majoritinya terlalu besar, agak sukar utk "top-up"kan & ini biasanya memberi kemenangan kepada PR. Sebaliknya, sekiranya majoriti yg agak sedikit, agak mudah BN membawa masuk lain2 peti undi.

Pasal tu seringkali kita melihat, undi awal telah dimenangi PR, tp bila pengiraan semula dipusat pengiraan undi, calon BN pula yg perolehi kemenangan! Pasal tu juga byk berlaku "blackout", pengiraan undi sampai 5 6 kali (tujuan tambah masa), kekecohan pertambahan peti undi dan pelbagai insiden yg tidak masuk akal bg tujuan “top-up” ini...

Bgitu juga dgn keputusan undi pos, kenapa ia tidak diumumkan terlebih awal, atau pengiraan slps tamat mengundi serta mewakili mana2 kawasan yg berkenaan? Ia menunjukkan, undi pos merupakan sbg penyelamat serta "bantuan" di mana2 kawasan BN yg hampir tumbang / tumbang.

HAKIKATNYA...

Pengiraan undi sememangnya boleh dibuat terus di tempat pembuangan undi selepas sahaja tempoh mengundi tamat. Ia dpt menjimatkan masa, kos & meningkatkan ketelusan. Di tempat pengundian pula, sudah mempunyai pegawai SPR, pegawai polis dan wakil2 calon yg bertanding serta proses pengiraan terus boleh dilakukan. Untuk tujuan pengesahan, borang 14 dikeluarkan. Oleh itu, apa perlunya, peti undi dihantar ke pusat pengiraan undi sedangkan keputusan telah diperolehi & disahkan? Apa yg perlu dibuat, keputusan sahaja yg perlu dihantar samada menerusi email, atau sistem SPR sendiri ke pusat pengiraan undi & BUKANnya beserta peti/kertas undi tersebut menerusi helikopter, teksi, polis even kenderaan SPR sendiri! Terlalu byk kecenderungan penipuan dalam proses tersebut - Pertukaran & petambahan peti undi / kertas undi.

Selagi proses angkut peti undi tidak dihentikan, & selagi SPR tidak dibersihkan, selagi itulah Pakatan Rakyat TIDAK AKAN dpt menawan putrajaya & selagi itulah rakyat terus ditipu & polisi negara akan terus ditadbir urus oleh perompak2 harta rakyat.

Nota ;

SPR sbg salah satu komponen parti dalam BN sbgaimana ;
1.Masa pengumuman “Parti kita telah memenangi Parlimen / DUN... – SPR”
2.Rata2 pegawai SPR adalah ahli UMNO..
BANGKITLAH KITA RAKYAT, SAYANGI NEGARA KITA – SAMA2 KITA PERANGI PENYANGAK TERMASUK SEKUTUNYA – SPR - (Suruhanjaya Penipu Rakyat)

11 years ago @ http://milosuam.blogsp... - Pasangan lucah Alvin d... · 7 replies · +12 points

Antara DAKWAAN vs FAKTA

Dakwaan - Anwar kaki liwat - x pernah terbukti dgn konsisten melainkan dilihat sbg rekaan shj.
Fakta - Tamby chik (dll pemimpin BN yg x pernah kena dakwa) yg banyak skandal pompuan

Dakwaan - Anwar kerjasama ngan Yahudi
Fakta - Anwar dedahkan BN buat kerjasama ngan Apco

Dakwaan - mat sabu kebas duit memali (1 fakta pun x de)
Fakta - berlambak pemimpin yg dah kena psl kebas duit rakyat, malah terus diangkat jd pemimpin - yg x kena dakwa lg banyak

Dakwaan - Pakatan Rakyat tak pandai mentadbir
Fakta - Semua keputusan pentadbira negeri Pakatan Rakyat adalah Terbaik

Dakwaan - Najib Pandai mentadbir
Fakta - Zaman Najib sj hutang bertambah +/-rm300B meningkat kpd rm500B

& byk lg laaa.. wpun apa pun FAKTA yg diberi, aku percaya puak macai BN nih tetap pertahankan pemimpin mrk krn,

kalu sokong PR - (alasan yg biasa aku dgr)

* DAP merupakan cucu cicit parti komunis, manakala MCA merupakan parti kerajaan. Nanti DAP akan bkerjasama ngan PAP utk ambik alih Malaysia
(Kalu sepasang suami isteri cina ada 2 anak - sorg sokong MCA & sorg DAP - tentu sorg anak k'jaan & ssorang lg anak komunis - hahaha)

* Kalu PR memerintah, mereka nk ambik duit kat mana?

* Apakah sumbangn PR - hospital, jalanraya - smer BN buat...

Dan mcm2 alasan dgn cara berfkir lebih kurang budak tadika je..

11 years ago @ http://milosuam.blogsp... - Media Filipina dedah N... · 0 replies · +2 points

Kirenya ko sbg pencacai percaya laa bhw BN & UMNO yg khianat dlm kes lahat datu nih? Pslnya pantun 6 kerat aku x nyatakan mana2 pemimpin pun... Yg ko mengelabah tujukan pd Anwar (agak aku laa yg ko maksudkan) apahal???

p/s : mmg sesuai ngan ID ko yg ada title "lembu" tuh!!! Aku "PelangiMalam" jer.. Ko "pelangimalam lembu".. mmg sesuai sgt2....